Tuesday 13 July 2010

JOM BERSAMA OPKIM




Sunday 28 March 2010

Koleksi Gambar Teambuilding NISA'


LIHAT KOLEKSI GAMBAR DENGAN KLIK PADA GAMBAR DI ATAS



Laporan Program "Team Building NISA'"

Jepak, 28 Mac 2010 - NISA' Bintulu telah berjaya menganjurkan program team building NISA' di Kampung Jepak, Bintulu. Bertemakan "Untukmu Wanita" program ini telah mengumpulkan remaja wanita dan wanita remaja untuk bersama-sama memperkasakan jatidiri dan jalinan dikalangan peserta apatahlagi para AJK NISA'.

Ceria para AJK pendaftaran

Program yang terisi dengan pengenalan diri, team building, tayangan video, solat berjamaah dan banyak lagi program menarik ini telah berjaya menarik seramai 80 orang peserta. Program yang dianjurkan ini tidak sekadar terhenti dengan program didalam dewan sahaja, tetapi disebelah petang terisi dengan lawatan dan pengagihan sumbangan kepada masyarakat bersekitaran.

Ikuti laporan seterusnya untuk mendapat lebih maklumat berkaitan program lawatan ke rumah-rumah yang dinamakan sebagai NISA' Kindness

Program menarik mengikat ukhuwah

Peserta sengat gembira dengan aktiviti yang diatur



Friday 26 March 2010

Untukmu Wanita

Assalammua’laikum wrt wbt…

Adalah dengan segala hormatnya, menjemput Datin/puan/ustazah/cik ke program Program ”Untukmu Wanita” yang akan dianjurkan oleh Nisa’ Bintulu dan Biro Hal Ehwal Keluarga dan Wanita Yayasan AMAL Malaysia cawangan Sarawak seperti yang dinyatakan dalam butiran berikut:


Tarikh : 28 Mac 2010 (Ahad)

Masa : 8.00 pagi – 4.00 petang

Tempat : Balai Raya Kampung Jepak

Tentatif Program


08.00 pagi

Sarapan Pagi

Pendaftaran peserta

08.30 pagi

Ucapan alu-aluan MC

Bacaan Doa

08.35 pagi

Nasyid

08.40 pagi

Ucapan Pengerusi Nisa’ Bintulu

08.50 pagi

Ucapan Perasmian oleh Perasmi

09.00 pagi

Slot Penerangan NISA’:

- “Nisa’ Connecting Youth”

- Apa itu NISA’

- Pembentangan peranan Nisa’

09.30 pagi

Tayangan: Montaj Nisa’ Malaysia

09.40 pagi

Modul Teambuilding I

10.50 pagi

Tayangan: Montaj Nisa’ Bintulu

11.00 pagi

Modul Teambuilding II

12.45 tghari

Makan Tengah Hari

Solat Zohor

01.30 ptg

Modul Teambuilding III (Penutup)

03.00 ptg

Nisa’ Kindness

05.00 petang

Minum Petang

Solat Asar

Bersurai


Program ini terbuka kepada kaum wanita yang berada di sekitar Bintulu.

Mohon jasa baik untuk sebarkan maklumat ini untuk manfaat umat Islam di Bintulu.

Sunday 14 March 2010

TEAM BUILDING NISA'



JOM SERTAI KAMI.
BERSAMA NISA' MALAYSIA CAWANGAN BINTULU

PROGRAM
TEAM BUILDING NISA'

Bertemakan "UNTUKMU WANITA"

Program ini menjanjikan suatu program menarik yang harus disertai.




Saturday 6 March 2010

KUCARI BAHAGIA ABADI...


Di mana? Di sisi Tuhan...
Firman Allah, maksudnya: Di tempat yang sungguh bahagia, di sisi Tuhan Yang Menguasai segala-galanya, lagi Berkuasa melakukan sekehendak-Nya (Surah Al Qamar 54:55)


Bagaimana?
Dengan Mengutamakan akhirat...
Firman Allah, maksudya: Mereka itulah orang-orang yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) dengan (meninggalkan perintan- perintah Allah yang membawa kebahagian dalam kehidupan) akhirat; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat) dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan.(Surah Al Baqarah :86)

Dengan Sabar dan Takwa

Firman Allah, maksudnya: Oleh itu bersabarlah, sesungguhnya kesudahan yang baik (yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagian di akhirat) adalah bagi orang-orang yang bertakwa.
(Surah Hud: 49)

Monday 1 March 2010

ZIARAH HOSPITAL


Bintulu, 28 Februari 2010 – Nisa' Bintulu dengan kerjasama Bintulu Iqra' Center dan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak telah menganjurkan ziarah ukhuwwah ke Wad Wanita Hospital Bintulu. Rombongan disertai kira-kira 25 orang sukarelawan yang terdiri daripada kalangan jurutera, guru dan juga mahasiswi yang berkhidmat di sekitar Bintulu. Semua sukarelawan Nisa' berkumpul di premis BIC seawal 8.15 pagi untuk sesi taklimat sebelum bersama-sama bertolak ke hospital berkenaan.

Setibanya di wad tersebut, para sukarelawan diberi penerangan ringkas oleh jururawat bertugas sebelum menziarahi dan beramah mesra dengan para pesakit di wad berkenaan. Seramai 56 pesakit di Wad Wanita Hospital Bintulu menerima kunjungan mesra sukarelawan Nisa' Bintulu. Antara objektif utama ziarah ini dianjurkan adalah untuk membina ukhuwwah tanpa mengira kaum,bangsa mahupun latar belakang individu. Program seumpama ini merupakan satu platform terbaik buat kaum wanita bersama-sama menjalankan aktiviti kebajikan di samping meningkatkan silaturrahim dengan masyarakat setempat.

Diharapkan ziarah kali ini menjadi pemangkin kepada usaha-usaha menggerakkan kerja-kerja kebajikan dan dakwah di Bumi Bintulu ini. Insyaallah..